Wanita ditahan kerana rekrut Miltan Daesh di Islamabad

ISLAMABAD: Seorang wanita ditahan kerana disyaki direkrut militan Daesh untuk menjalankan serangan nekad ke atas sebuah gereja pada Hari Easter kelmarin.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asif Ghafoor berkata semalam, Noreen Leghari, 19, seorang pelajar perubatan tahun dua ditahan selepas satu serbuan 14 April lalu, di mana seorang militan lain terbunuh.

Satu rakaman pengakuan oleh Leghari dan ditunjukkan kepada media berkata: “Kami diberi peralatan pada 1 April lalu termasuk dua jaket bom, empat bom tangan dan peluru.

“Kami diarah supaya menggunakan jaket ini untuk menyerang sebuah gereja pada Hari Easter dan saya sepatutnya digunakan sebagai pengebom nekad.”

Lahore mengalami serangan terburuk Pakistan pada Hari Easter 2016, pengeboman nekad di sebuah taman meragut lebih 70 nyawa, ramai kanak-kanak serta didakwa dilakukan kumpulan Jamaatul Ahrar daripada Taliban Pakistan.

Pakistan sekian lama enggan mendedahkan kehadiran meningkat militan Daesh, yang mengaku menjalankan sejumlah serangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ia kali pertama pihak berkuasa Pakistan mengakui kumpulan pelampau berpusat di Syria dan Iraq itu merekrut penyokong dalam negara Asia Selatan terbabit. -AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *