Wanita Ditahan Polis Kerana Jual Sijil Cuti Sakit Palsu

IPOH, 18 April – Polis menahan seorang wanita berusia 33 tahun yang dipercayai terlibat dalam penjualan dan pemalsuan sijil cuti sakit melibatkan penyalahgunaan nama lapan orang doktor yang kebanyakannya dari Hospital Slim River, semalam.

Dalam tangkapan pada pukul 7.15 petang semalam di sebuah kedai alat tulis di Slim River, kebanyakan sijil cuti sakit berkenaan yang dibuat dengan cara menyalin semula daripada salinan asal, diisi butiran pelanggannya oleh suspek sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak, Superintenden Lee Ewe Kiang berkata, hasil siasatan mendapati sindiket tersebut telah beroperasi sejak 2011.

“Sindiket ini menjual sijil cuti sakit antara RM18 hingga RM25 termasuk kepada mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *