Yang Dipertua PAS Padang Serai Anggap Kerajaan BN Lebih Baik Dari DAP Pulau Pinang

19/04/17 – Yang Dipertua PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim dalam satu ceramahnya mendakwa kerajaan Barisan Nasional sebenarnya jauh lebih baik dan teratur jika hendak dibandingkan dengan DAP di Pulau Pinang.

Berbanding dengan DAP, pemimpin PAS tersebut berkata rakyat sepatutnya lebih redha dan terima negara dipimpin serta ditadbir dibawah kepimpinan orang Islam walaupun timbul tuduhan kononnya pemimpin sedia ada kini menindas rakyatnya.

Soalnya adakah rakyat rela negara diperintah oleh golongan bukan Islam dan kafir? Apakah rakyat pasti bahawa golongan kafir yang memerintah itu akan memperjuangkan agama Islam dan orang Melayu yang menjadi majoriti di Malaysia?

Tiada guna jika Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya tetapi DAP yang hampir keseluruhannya orang kafir yang menawan Putrajaya dan memimpin negara. Lebih baik pemimpin sedia ada hari ini jika dibandingkan dengan pemimpin bukan Islam yang memonopoli.

Shaharuddin memberi contoh seperti di Pulau Pinang, negeri yang diperintah oleh DAP tersebut bukan sahaja zalim malah mereka turut mengharamkan azan. Kalau BN yang memerintah, masjid dan surau masih lagi boleh didirikan.

Azan masih boleh didengari dan dilaungkan di seluruh pelusuk kawasan, bayangkanlah kalau DAP yang memerintah. Silap hari bulan bukan sahaja azan, malah seluruh masjid dan rumah ibadat Islam dirobohkannya.

Bukan itu sahaja, DAP juga telah merampas tanah serta perkampungan orang Melayu, sebab tu la puak-puak DAP ni menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang habis-habisan apabila beliau mahu wujudkan RUU 355.

Ini kerana pucuk pimpinan PAS tersebut dilihat menjadi penghalang kepada usaha DAP untuk menguasai negara dan menindas orang Islam. DAP tidak mahu RUU 355 dilaksanakan kerana ia bakal mengukuhkan lagi undang-undang Islam di negara ini dan makin menyukarkan mereka.

Namun atas kuasa Allah SWT, orang BN juga yang membantu PAS untuk memudahkan dan melangsung perjalanan dalam usaha perlaksanaan RUU 355 tersebut. Sedangkan orang kafir DAP menghasut golongan lemah iman yang bergelar Islam untuk menentang agama Islam sendiri.

Dari sudut pandangan tersebut telah menggambarkan bahawa BN sebenarnya jauh lebih baik dan bagus jika dibandingkan dengan DAP yang zalim dan hanya bertopeng bagi mengaburi mata kasar rakyat.

Bagaimana rakyat mampu membenarkan parti anti-Islam untuk memerintah negara Islam? Adakah rakyat sanggup negara Islam mereka digadaikan oleh kafir DAP ini? – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *