Zairil Khir Johari Bukan Wakil Bangsa Melayu Dalam Parti DAP

21/04/2017 – Jika baru-baru ini nama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menjadi bualan hangat netizen berikutan satu siri gambar intim pasangan yang hampir menyerupai Zairil dan pemimpin muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Terbaru, pemimpin DAP itu sekali lagi menjadi bualan apabila status identitinya menjadi persoalan ramai. Siapa sebenarnya Zairil Khir Johari?

Seorang wanita bernama Roselina Khir yang mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari sebelum ini pernah menempelak Zairil supaya berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.

“Tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,” katanya ketika memberi komen artikel bertajuk “Zairil Bukan Anak Khir Johari.”

Umum sudah maklum bahawa Zairil bukan Melayu, dan tiada setitik pun darah Melayu di dalam tubuhnya. Bukan sahaja dari segi biologi dan fizikal, tetapi jiwanya juga tiada langsung jiwa Melayu.

Sejarah keluarga Allahyarham Mohamed Khir Johari, beliau mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.

Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Mohd Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang ketika itu sudah mempunyai dua orang anak iaitu Zairil dan Yusri.

Difahamkan, Roselina dan enam orang adik-beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi selepas bapanya mengahwini Christine.

“Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,” kata Roselina.

Allahyarham Mohamed Khir Johari pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO. Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.

Zairil yang selama ini mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohamed Khir Johari. Ini kerana sehingga ke hari ini, Zairl masih tidak mengaku bahawa beliau adalah seorang anak Cina tulen.

Dan kemasukannya dalam DAP serta kemenangannya dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) digembar-gemburkan kononnya sebagai mewakili Melayu.

Ini dapat dilihat taktik licik Lim Guan Eng juga berusaha menipu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat serta menipu semua orang Islam bahawa kononnya ada Melayu-Islam dalam CEC DAP.

Justeru, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga perlu tampil memberi penjelasan berkenaan status ‘Zairil Khir Johari’ ini.

Ini kerana terlalu banyak kekeliruan daripada penggunaan nama ‘Zairil Khir Johari’ yang seolah-olah merujuk kepada anak kandung Allahyarham Mohamed Khir Johari.

Khabarnya Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China asli. Bila ibu beliau berkahwin dengan Khir Johari, beliau menggunakan nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan beliau.

Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan? Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan.

“Nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996.

“Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari.

“Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,” kata seorang penulis bernama ‘bunga’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *