10 tentera maut diserang oleh Taliban di Kandahar

KANDAHAR: Sekurang-kurangnya 10 anggota tentera Afghanistan maut apabila militan Taliban menyerang pangkalan tentera di wilayah Kandahar, kata pegawai semalam.

Serangan itu yang terbaharu ke atas tentera yang disokong Barat.

Serangan di daerah Shah Wali Kot lewat kelmarin berlaku sehari selepas 20 anggota polis Afghanistan maut apabila anggota Taliban menyerang pangkalan luar mereka di wilayah Zabul.

Taliban mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan di Kandahar ketika serangan semakin memuncak dan pemberontakan berlanjutan selama lebih 15 tahun selepas ditumbangkan dalam pencerobohan diketuai Amerika Syarikat.

“Malam semalam musuh Afghanistan menyerang kem tentera Achakzai di Shah Wali Kot.

“Sepuluh anggota tentera maut dan sembilan lagi cedera. Askar yang cedera dibawa ke hospital dan kini stabil,” kata Kementerian Pertahanan dalam kenyataan.

Ia dilancarkan sebulan selepas Taliban membunuh sekurang-kurangnya 135 anggota tentera di wilayah Balkh dalam serangan paling buruk ke atas pangkalan tentera Afghanistan sejak 2001. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *