12 Ribu Tiket Konsert Ed Sheeran Habis Dibeli Oleh Rakyat Malaysia Yang Miskin

16/05/17 – Dalam keadaan negara yang dikatakan hampir bankrupt dan berjuta-juta rakyat Malaysia dihebahkan kini jatuh miskin kerana kesempitan hidup dan kos sara hidup yang semakin tinggi akibat kononnya kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Namun, Gomez masih boleh mendabik dada dan berbangga dengan kegigihan rakyat Malaysia yang sanggup berlapar demi mendapatkan tiket konsert penyanyi dan penulis lagu British, Ed Sheeran. Rakyat miskin kat Malaysia ni lebih sanggup berlapar kerana mahu bertemu dengan penyanyi popular tersebut.

Hairan, bagaimana rakyat selama ini menyalak, meroyan dan bagaikan terkena histeria mengamuk kononnya kerajaan telah menyusahkan hidup mereka sehingga mereka jatuh miskin. Tapi secara tiba-tiba golongan miskin ini mampu untuk membeli tiket yang sangat mahal tersebut.

Miskin celah mana rakyat Malaysia ni?? Atau sebenarnya cerita konon rakyat di negara ini jatuh miskin disebabkan kerajaan hanyalah mitos semata-mata. Lebih dahsyat, Gomez tak sangka yang kononnya rakyat Malaysia ni miskin tapi dorang masih mampu untuk cipta rekod tiket konsert Ed Sheeran habis dijual dalam tempoh 30 minit sahaja.

Power kan rakyat Malaysia ni, miskin dan papa kedana tapi masih mampu beli tiket konsert Ed Sheeran. Mungkin gambar-gambar student makan Maggie dekat kampus sebab takde duit, pekerja lepasan graduasi yang terpaksa ikat perut kerana gaji permulaan yang sikit itu hanyalah propaganda semata-mata.

Ini kerana dalam pemerhatian Gomez, rata-rata yang tak sabar sangat nak tengok konsert Ed Sheeran tu datangnya daripada golongan muda. Walaupun dorang dikatakan berada dalam ‘kesempitan hidup’ tapi hakikatnya dorang masih mampu beli tiket konsert tersebut.

Tiket konsert tu yang paling murah pun dijual pada harga Rm198 manakala yang paling mahal berharga RM458 tapi harga tu tak termasuk sekali GST tau. Perrrhhhh, mahal gila! Dengan duit tu kita boleh buat makan untuk dua minggu tau!

Jadi pada pandangan Gomez, rakyat Malaysia ni takde la miskin mana pun sebab dalam miskin dorang tu hakikatnya dorang masih mampu untuk menghabiskan duit dorang demi konsert Ed Sheeran yang bakal diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada jam 8.30 malam 14 November akan datang.

Dahsyat betul rakyat Malaysia ni, kalau bab artis luar negara pastinya secara automatik dorang yang miskin akan jadi kaya dan mampu beli tiket konsert. Mungkin itu satu kejaiban yang Allah Taala berikan. Ala, sama jugak macam konsert Selena Gomez dan artis K-Pop tempoh hari. Geng-geng miskin terus jadi kaya, hairan betul Gomez. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *