120,000 Anggota MIC Tidak Berdaftar Sebagai Pengundi – S. Subramaniam

KUALA LUMPUR – Kurang kesedaran di kalangan ahli cawangan MIC adalah antara sebab utama terdapat kira-kira 120,000 anggota parti tidak berdaftar sebagai pengundi, kata Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.

“Mereka tidak ambil tahu tentang sistem politik negara, yang demikian kita perlu melakukan usaha lebih giat untuk mendorong mereka menjadi pengundi,” kata beliau.

Subramaniam berkata MIC masih dalam proses mengenal pasti anggota parti di seluruh negara yang belum berdaftar sebagai pengundi dan meminta mereka berbuat demikian menjelang 15 Jun.

Sebelum ini, Subramaniam dilaporkan berkata parti itu mensasarkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 90,000 anggota MIC yang masih belum berbuat demikian. – fmt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *