4 Air Rebusan Yang Bagus Untuk Kesihatan Dalaman Kaum Hawa

19/05/2017 – Wanita seharusnya menjaga kesihatan dalaman dan luaran untuk kebaikkan diri sendiri. Jika perkara ini diabaikan, akibatnya akan ditanggung diri sendiri apabila meningkat usia. Badan mula lemah, lesu dan tidak bertenaga. Bak kata orang, jika hendak cantik itu biarlah stabil dari segi luaran dan dalaman.

Namun begitu, ramai antara kita hanya peka akan penjagaan kecantikan luaran tanpa mengendahkan apa yang berlaku di dalam. Sebenarnya mudah sahaja untuk menjaga kesihatan dalaman, kaum hawa hanya perlu mengamalkan makanan dan minuman yang berkhasiat. Mari kita sama-sama amalkan petua ini.

Pertama, air rebusan serai dan halia. Bahan yang diperlukan adalah 3 batang serai dan 4 cm halia 2 ketul. Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air (purified water) dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum Suam.

Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Seminggu 2/3 kali. Khasiat kesihatan elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.

Kedua, rebusan sireh hanya menggunakan daun sireh 3 atau 5 helai. Direbuskan dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air (purified water. Jadikan 1 gelas. Jangan gunakan air paip atau air paip yang di masak. Minum Suam.

Khasiat kesihatan hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.

Ketiga, rebusan sireh dan daun inai memerlukan 3 ke 5 helai daun sireh dan segenggam daun Inai. Direbus dalam stainless steel pot dengan 3 gelas air tapisan (purified water) dan jadikan sehingga 1 gelas air. Jangan gunakan air paip atau air paip yang dimasak. Minum bila sudah suam.

Khasiat kesihatan sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan banyak lendiran yang berbau. Elok diamalkan selepas haid.

Keempat, rebusan halia, serai, cengkih dan kunyit. 2/3 batang serai di ketuk, 3cm halia (tua/muda) di ketuk, 2cm kunyit di ketuk, sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih /bunga lawang, daun pandan sehelai dan sedikit Madu Susu (Raw Honey). Di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid, sebulan sekali.

Khasiat kesihatan mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan. Macam mana kaum wanita? Ruginya kalau anda tak amalkan minuman sihat ini. Elok amalkan resepi dan ramuan di atas mengikut kesesuaian badan anda. Tak perlu di ambil setiap hari.

Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *