5 Jenis Sihir Yang Popular Di Kalangan Orang Melayu

19/05/2017 – Sering kali kita mendengar tentang sihir. Adakah sihir ini betul atau hanya sekadar kepercayaan karut. Apa yang boleh diketahui tentang sihir adalah ia membawa keburukan atau kemudaratan pada orang yang telah disihir.

Menurut pusat rawatan perubatan Islam Darussyifa‘, sihir ni merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bagi mencapai tujuan tertentu seperti menyakiti atau menjatuhkan kejayaan seseorang. Ia juga boleh memisahkan hubungan suami isteri.

Masyarakat Melayu memang cukup terkenal mengenai amalan ilmu sihir. Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung antara bahan yang popular. Ini antara sihir yang popular di kalangan orang melayu.

Pertama, patung. Memang biasa bomoh gunakan patung sebagai objek menyihir dengan menggunakan bahan-bahan dari tubuh mangsa yang nak di sihir seperti rambut dan kuku, kemudian di ikat pada patung. Lepas itu cucuk dengan jarum beserta mentera semerah dan menyebabkan mangsa sihir berasa sakit di tempat yang dicucuk.

Kedua, santau. Yang ini memang popular. Santau ni selalunya menggunakan benda-benda tajam macam kaca, jarum, pisau, kaca dan akan dimasukkan dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.

Ketiga, telur layang. Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

Keempat, tangkal dan Azimat. Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat, atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

Kelima, sihir pembenci dan kasih sayang. Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Apapun, kita sebagai umat Islam dan berbangsa melayu janganlah menjadikan sihir ini sebagai daripada kehidupan kita kerana ia syirik lagi haram dan berdosa besar. Semoga kita semua terhindar dari perkara-perkara sebegini. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *