Adi Putra Bawak Bekas Bini Pertama Dan Anak Angkat Tunai Umrah

Kontroversi Adi Putra yang mengatakan beliau tidak lagi mempunyai kaitan dengan kedua-dua isterinya, Aida Yusof dan Norshahida adalah satu berita yang agak menggemparkan beberapa bulan lepas.

Namun, melihat pada foto yang dimuat naik oleh Aida mengatakan beliau, Adi dan anak angkat mereka sedang berada di lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah bersama membuat kan ramai peminat tertanya, adakah mereka berdua sudah berbaik?

Iyalah, sebelum ini kes cerai Adi dan Aida sudah pun difailkan di mahkamah tetapi Adi tidak menghadirkan diri setiap kali sebutan kes mereka dijalankan. Rata-rata peminat mendoakan yang terbaik buat Aida dan Aid dan semoga masih ada peluang untuk mereka bersatu semula.

Kami juga berharap agar mereka berdua dipanjangkan jodoh dan dapat berbaik semula sebagai suami dan isteri. – bn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *