Aleksandar Vucic letak jawatan sebagai Presiden Serbia

BELGRADE: Perdana Menteri Serbia, Aleksandar Vucic mengumumkan peletakan jawatannya, hari ini, iaitu sehari selepas beliau mengambil alih jawatan presiden, susulan kemenangan yang diraih dalam pilihan raya bulan lalu.

Vucic yang mengetuai Parti Progresif Serbia menyatakan keputusan itu dalam sepucuk surat yang dihantar ke Parlimen.

Beliau dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden esok, bagi menggantikan Tomislav Nikolic.

Menteri Luar Serbia yang juga Timbalan Perdana Menteri I, Ivica Dacic akan mengetuai pentadbiran kerajaan sehingga pelantikan baharu Perdana Menteri diumumkan pada pertengahan bulan depan.

Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *