Apa Yang Orang Malaysia Mahukan?

Oleh Lim Sian See

1) Pendidikan percuma seperti Norway – (tetapi Norway mempunyai 25% GST)

2) Tiada GST seperti Hong Kong – (tetapi Hong Kong mempunyai ketidaksamaan pendapatan tertinggi di dunia dengan Pekali Gini pada 0.537 berbanding dengan Malaysia 0.401 pada tahun 2014 – jatuh dari 0.441 pada tahun 2009)

3) Kesamarataan pendapatan sebaik Denmark dengan Gini pada 0.21 – (tetapi Denmark mempunyai antara harga petrol tertinggi di dunia pada RM7 seliter)

4) Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – (tetapi kadar inflasi mereka adalah 800% pada 2016 dan negara sedang runtuh disebabkan oleh subsidi kerajaan dan kawalan harga yang tidak mampan)

5) Kadar inflasi terendah di dunia seperti negara-negara Euro yang sedang memerangi inflasi negatif – (tetapi mata wang Euro telah jatuh berbanding Ringgit sejak 10 tahun yang lalu)

6) Kadar pertukaran tinggi seperti Singapura – (tetapi harga kereta adalah yang tertinggi di dunia di mana Axia berharga SGD80k atau RM230k berbanding RM30K di Malaysia)

7) Harga kereta serendah Brunei – (tetapi Brunei tidak mempunyai demokrasi)

8) Sama demokratik seperti India, demokrasi terbesar di dunia – (tetapi India mempunyai kadar rasuah yang sangat tinggi berbanding Malaysia)

9) Sama bebas rasuah seperti Finland – (tetapi Finland sedang melalui “lost decade” dan mempunyai pertumbuhan ekonomi yang negatif atau sifar selama bertahun-tahun)

10) Pertumbuhan ekonomi setinggi Myanmar yang sedang mengalami ledakan ekonomi sekarang – (tetapi Myanmar mempunyai banyak konflik bangsa/agama yang telah membawa kepada banyak kematian)

11) Tiada atau sedikit ketegangan kaum/agama seperti Nepal yang kebanyakkan sama bangsa dan agama – (tetapi ramai rakyat Nepal yang suka datang ke Malaysia untuk bekerja dan mengatakan Malaysia Bagus!).

Kebanyakkan matlamat-matlamat ini bercanggah.

Sebagai contoh, anda tidak boleh mempunyai inflasi yang rendah dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan peningkatan gaji yang cepat.

Anda juga tidak boleh mempunyai ekonomi yang sangat kapitalis dan sangat kompetitif yang mana cukai ekonominya rendah dan sangat liberal seperti Hong Kong dan masih mengharapkan ketidaksamaan sosial yang rendah (anda mahu hidup dalam sangkar burung?).

Atau mempunyai harga kereta yang rendah dengan harga petrol yang rendah dan tidak menjangkakan kesesakan jalan yang melumpuhkan pergerakkan yang akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan kerosakan alam sekitar.

Keseimbangan dan kompromi adalah dijangkakan di mana-mana negara.

Apa-apa pun Malaysia masih yang terbaik!
#malaysiabest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *