Aplikasi ‘Terawhere’ Dihasilkan Khas Sempena Bulan Ramadan

SEMPENA Ramadan, sebuah aplikasi khas, Terawhere, telah dibangunkan.

Diilhamkan dari Singapura, Terawhere, membolehkan pengguna berkongsi kenderaan ketika ingin ke solat Terawih, dan pada masa yang sama mengenali rakan-rakan baharu.

Ia akan menghubungkan pemandu kenderaan dengan pengguna berdekatan dengan mereka.

Aplikasi ini bakal ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS. Walaupun dilancarkan untuk pasaran Singapura, konsep ‘perkongsian awam’ ini juga amat baik dipraktikkan di negara ini. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *