Ayam Goreng jadi punca 35 murid sekolah keracunan makanan.

KULIM – Sebanyak 35 murid di Sekolah Kebangsaan Taman Selasih dipercayai mengalami keracunan makanan akibat memakan ayam goreng dan nasi putih ketika waktu rehat di kantin itu, semalam.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, kesemua murid yang mengalami keracunan makanan itu berusia antara tujuh hingga 11 tahun.

Bagaimanapun beliau berkata, hanya lima murid iaitu seorang lelaki tahun satu dan selebihnya perempuan tahun empat dan lima telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kulim, semalam.

“Kita dapati kesemua murid yang terlibat telah mengalami simptom keracunan makanan bermula jam 11.45 pagi setelah membeli makanan dan memakan nasi putih dan ayam goreng di kantin sekolah ketika waktu rehat,.

“Kesemua pelajar terlibat telah mengalami muntah dan cirit-birit namun tiada kes yang dimasukkan ke dalam wad,”katanya dalam satu kenyataan media lewat petang kelmarin.

Beliau berkata, Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kulim telah melakukan pemeriksaan di kantin sekolah berkenaan dan mendapati pihak terbabit  hanya menjual makanan yang telah siap dimasak di tempat lain iaitu.

“Sebagai langkah kawalan dan pencegahan, PKD telah ditutup buat sementara waktu di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kita juga telah memberi teguran dan nasihat kepada pengusaha kantin serta pengendali makanan mengenai penyediaan makanan yang selamat.

“Selain itu kita turut mengedarkan risalah sebagai memberi didikan kepada pihak pengurusan sekolah mengelak terkena keracunan makanan khasnya mengenai kaedah melihat, bau dan rasa,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *