Bapa kejam bunuh bayi berusia tujuh minggu

SLIDELL: Seorang lelaki berhadapan dakwaan membunuh dengan niat kerana memukul sehingga mati anak lelakinya yang berusia tujuh minggu.

Anthony Dearmas ditahan minggu lalu atas dakwaan bertindak kejam, tetapi diubah kepada membunuh selepas Karter Smith meninggal dunia Sabtu lalu, kata Sherif St Tammany, Randy Smith, dalam kenyataan akhbar.

Smith berkata, timbalan sherif menjawab laporan seorang bayi yang maut pada 10 Mei lalu.

Krew ambulans berjaya memulihkan Karter, tetapi doktor mendiagnos bayi itu mengalami kecederaan kepala yang serius.

Dearmas mengada-adakan cerita pada awalnya, tetapi memberitahu detektif dia menendang bayi itu dari sofa kerana mangsa menangis, dan Karter terjatuh kepala dahulu, menurut siaran akhbar.

Dearmas ditahan Rabu lalu. Kapten di jabatan sherif itu, Daniel Seuzeneau, berkata bedah siasat kelmarin menunjukkan punca kematian adalah pukulan di kepala.

“Bagaimana seseorang melakukan kekejaman itu kepada bayi yang tidak berdaya tidak dapat saya bayangkan. Lebih teruk, bayi itu adalah anaknya,” kata Smith. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *