Bapa tembak anak perempuan sendiri sebelum membunuh diri

NORWALK: Seorang lelaki menembak anak perempuannya sebelum membunuh diri, awal pagi tadi.

Jurucakap polis Norwalk berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Melissa Wilkinson, 33, ditemui terbaring berlumuran darah di lantai pangsapuri miliknya manakala suspek, Mark Wilkinson, 55 sedang duduk di sofa sambil memegang senjata api dan bercakap seorang diri.

“Rakan mangsa membuat keputusan untuk menjenguknya di rumah apabila mangsa tidak hadir untuk bertugas pada syif malam, malam tadi,” kata jurucakap polis itu.

Menurut beliau, cubaan polis memujuk suspek supaya menyerah diri berakhir pada jam 7 pagi tadi waktu tempatan apabila dia menembak dirinya sendiri.

“Kedua-dua mayat itu mempunyai kesan tembakan di kepala,” katanya. – AP