Berapa Tahun Lagi DAP Mahu Menyalahkan BN Untuk Masalah Di Pulau Pinang?

Oleh Lim Sian See

Anda mesti bergurau. Selepas mengambil alih negeri ini selama 9 tahun, anda masih menyalahkan BN?

Apa yang berlaku kepada RM500 juta dana perumahan mampu milik anda yang diumumkan pada tahun 2011?

Juga, sebab tidak ada projek PR1MA lagi adalah kerana Kerajaan negeri ANDA yang menyekat 9,999 unit rumah mampu milik projek 1MDB di Air Puteh dan juga menangguhkan kelulusan bagi 10,000 unit projek PR1MA di Balik Pulau.

Atau anda terlupa tentang itu?

Mengenai tanah Jelutong anda yang anda katakan anda tulis kepada Menteri Perumahan dan tidak mendapat jawapan.

Anda menulis kepada kementerian perumahan hanya pada 20 Mac 2017 dan tanah itu bukan pun milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia milik Agensi Persekutuan IWK.

Jagdeep pembohong besar.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/04/23/iwk-plot-available-for-homes/

Juga, jika anda membatalkan projek meragukan RM6.34 bilion Terowong Pulau Pinang anda yang ramai percaya adalah tidak perlu, maka anda boleh membina 63,400 rumah benilai RM100k setiap satu dan memberinya secara PERCUMA. Satu dalam setiap 6 keluarga, masing-masing dengan 4 orang, di Pulau Pinang mendapat rumah percuma.

Atau jika anda membatalkan projek Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang bernilai RM50 bilion anda itu, maka anda boleh membina 500,000 rumah bernilai RM100k setiap satu dan memberinya secara percuma kepada rakyat Pulau Pinang.

Jika setiap keluarga mempunyai 4 orang maka anda mempunyai rumah percuma yang cukup untuk 2 juta orang – lebih daripada populasi Pulau Pinang sebanyak 1.7 juta orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *