Biar Selekeh Tapi Poket Tebal, Dari Berlagak Kaya Tapi Poket Nipis

18/05/2017 – Memang ramai anak muda sekarang yang biar papa asal bergaya. Gaji baru RM2000 dah beli kereta besar dan pakai barang mewah. Disebabkan penampilan bergaya anak muda seperti ini ramai wanita yang jatuh hati.

Apabila ada lelaki yang nampak selekeh, ramai wanita yang tidak mahu mendekati. Tetapi tanpa sedar lelaki yang selekeh ini mempunyai poket tebal berbanding lelaki yang berlagak kaya tapi poket nipis. Kaya pun hanya dengan hutang yang perlu dibayar setiap bulan.

Jangan malu jika mempunyai teman lelaki selekeh atau suami selekeh. Malulah jika mempunyai suami yang ‘bajet’ orang kaya, sedangkan hidup dibelenggu dengan hutang semata-mata.

“Selekeh betul awak ni, pakai la smart sikit. Baju pun pakai baju bundle”

“Awak dating dengan saya pakai selipar je? Selekeh betul la!!”

“Malu la saya kapel dengan awak ni. Selekeh gila. Tak pandai bergaya langsung. Mula hari ni kita putus!!”

“Pakwe selekeh ini dia seorang yang low profile, pakai pun simple-simple saja. Tak suka bergaya. Dia banyak duit, pakai baju bundle pun takpe dan dia ada banyak simpanan. Tak bazir beli benda bukan-bukan.”

“Dia ada matlamat kewangan yang jelas. Takde pergi travel guna duit PTPTN macam kau itu. Dia tak minat beli kereta mahal-mahal. Cukuplah kereta boleh bawa dia ke mana dia mahu pergi. Malah, tak menggelupur beli gajet canggih. Tukar IPhone setiap kali keluar yang baru.”

“Dia tak suka berhutang yang tidak perlu. Lain lah kau, beli telefon pun berhutang, beli sofa pun berhutang. Kalau tak mampu, dia kumpul duit sikit-sikit. Dia tak beli stok kasut sampai 10 pasang kasut. Dia sedar dia bukan seekor lipan yang perlu kasut banyak-banyak. Rosak barulah beli. Nak beli pun kemain liat. Kalau boleh repair, dia repair.”

“Masa depan nanti, pakwe yang kau anggap selekeh akan lagi kaya daripada pakwe kau yang bergaya tu. Mungkin pakwe kau nampak kaya dan bergaya. Kaya pun dengan kaya hutang bank la tapinya.”

“Tiap bulan duk bayar hutang bank je. Biar papa asalkan bergaya tu motto pakwe bergaya kau. Tapi pakwe selekeh ni, dompet dia tak selekeh tau. Tu kau tak tengok simpanan wang dia dalam ASB dan Tabung Haji lagi.”

“Pakwe kau nampak bergaya je. Harapkan dompet je berjenama, tapi dalam tu nak ada RM200 pun susah. Harapkan jam je mahal, tapi setiap dating dengan kau asyik lambat je. Harapkan kereta je mewah, tapi tiap bulan dia mintak kau bayarkan juga.”

“Tapi takde la selekeh nak mampos. Sampai baju pun tak basuh dua tiga hari, seluar koyak rabak nampak aurat. Jadi, jangan menilai orang masa sekarang. Mungkin dia lima tahun lagi dia kaya daripada kau. Jangan kau pulak minta kapel balik dengan pakwe yang kau kata selekeh tu,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *