BN Yakin Akan Rampas Kembali Kerusi Parlimen Padang Serai

17/05/17 – Barisan Nasional (BN) Kedah menyarankan serta menasihati pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai agar tidak mengulangi kesalahan yang sama dengan memilih dan membuang undi mereka kepada calon dari pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, penduduk di Padang Serai terutamanya perlu buka mata dan belajar daripada kesilapan mereka agar tidak lagi memilih calon dari pembangkang. Hal ini ekoran daripada calon pembangkang tersebut yang tidak tahu buat kerja dan telah ketinggalan dari segi projek-projek pembangunan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

N. Surendran dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan Padang Serai dan menjadi wakil rakyat selama dua penggal. Akan tetapi malangnya apabila kawasan tersebut langsung tiada sebarang perubahan dan pembangunan. Sama je sepanjang dua penggal pemerintahannya itu.

Apa guna kalau ada kuasa dan kedudukan tetapi hanya datang melawat kawasan yang berada di bawah pemerintahannya sekali dalam tempoh masa lima tahun. Pengundi dan rakyat kawasan tersebut perlu sedar dan lihat kegagalan besar yang dilakukan oleh calon dari PKR ini dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.

Wakil rakyat dari parti pembangkang ni sikapnya memang begitu, sebelum menang pilihan raya bukan main rajin lagi turun padang tapi bila dah menang tiba-tiba dorang ghaib macam tu je. Seperti yang berlaku di Gelang Patah, dimana Lim Kit Siang disahkan ‘hilang’ tapi syukur kerana ‘ditemui’ semula di Pulau Pinang.

Dalam lawatan kerja Ahmad Bashah ke kawasan parlimen Padang Serai tersebut, beliau turut melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan BN akan mampu untuk merampas semula kerusi Parlimen Padang Serai pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau melihat kepada sikap penduduk kawasan tersebut yang sudah mampu untuk menilai dan semakin bijak untuk membuat keputusan demi masa depan mereka. Menteri Besar itu percaya bahawa BN mampu untuk merubah nasib rakyat disitu dengan pelbagai projek pembangunan. – TiraGomez/UtaraNews.com