Buku Pemimpin DAP Ini Harus Diharamkan Di Malaysia

18/05/2017 – Baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dari parti DAP mencetuskan kehangatan menerusi bukunya ‘Becoming Hannah‘.

Bukunya itu telah mendedahkan bahawa parti rasis dan cauvinis DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama.

Itu sebab penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan DAP adalah sebuah parti hipokrit kerana berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian, tetapi pada masa sama mendesak agar PAS dan UMNO untuk tidak mencampuri isu politik dengan agama Islam.

“Sedarkah kita bahawa tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama?

“Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah” (“Menjadi Hannah”) adalah salah satu bukti nyata mengenainya,” kata Kamarul Zaman.

Buku pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP ini harus diharamkan di Malaysia. Itulah yang digesa oleh aktivis sosial Pulau Pinang, Azman Haj. Beliau turut menggesa pihak Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) dan JAKIM mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap isu ini.

Azman berkata, buku ini wajib diharamkan kerana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan perkara:

a) Perkara 3 (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. (Aman dan Damai bermaksud tidak mengancam agama Islam)

b) Perkara 11 Kebebasan Beragama:

Fasal (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Fasal (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

“Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988,” kata Azman.

Dalam Enakmen No 1/1988 yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

“Selain itu, Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana:

“a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau

“b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama,” kata Azman. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *