Cara Biadap Mohon Kerja, Punca Ramai Anak Muda Menganggur?

19/05/2017 – Menurut laporan anak muda menganggur atau belum berjaya mendapat pekerjaan hampir setiap hari semakin meningkat. Melihat pada situasi ini ada yang merasakan anak muda memilih kerja antara salah satu punca menganggur.

Bukan itu saja cara yang tidak profesional dan biadap dalam memohon kerja membuatkan bakal majikan tidak mahu mengambil mereka bekerja. Graduan terlalu mengambil mudah dalam memohon kerja kosong.

Bayangkan memohon kerja pada majikan melalui Whatsapp bertanya soalan seperti sedang bersembang dengan kawan sahaja, dimana adab dan sikap profesionalisma anda terhadap bakal majikan?

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Izzat Eshak telah memuat naik perbualan Whatsapp dengan salah seorang pencari kerja. Bakal majikan bukan kejam dalam memilih pekerja tetapi tunjukkan sikap yang lebih profesional ketika memohon pekerjaan.

“Antara respon yang paling win tahun ni. Sedih. Dan golongan ini akan kata susah cari kerja.

“Up iklan kerja real, dan saya sendiri reply untuk feel buat SOP baru executive HR. Bakal majikan sebenarnya bukanlah kejam.

“Cuma dari pertanyaan dan reply anda, pihak HR dah boleh baca perwatakan dan cara kerja anda pada masa akan datang. Ini belum masuk yang email resume. Tanpa langsung ada tajuk dan isi email,” tulisnya.

Sebagai seorang yang mencari kerja janganlah menunjukkan sikap yang agak biadap dalam mencari pekerjaan. Contoh seperti ini membuatkan bakal majikan tidak teragak-agak untuk tidak memilih anda sebagai pekerja mereka. Jadilah salah seorang yang lebih profesional jika mahu mencari pekerjaan. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *