Cara-Cara Untuk Buat Sambal Tempoyak Terlajak Sedap

Apabila tibanya musim durian pasti berlakunya lambakan buah sehingga ada yang dibuat tempoyak untuk dijadikan sambal ataupun masakan yang lain.

Kebiasaannya tempoyak akan dicampur dengan sambal cili dan dicicah bersama ulam-ulaman dan pasti akan membuka selera ramai orang.

Selain itu anda boleh cuba resepi sambal tempoyak goreng ini bagi memberikan kelainan untuk menu makan setiap hari.

Bahan-bahannya

  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 biji cili besar (dikisar)
  • Sedikit cili padi (ikut selera anda)
  • Tempoyak secukupnya
  • Gula
  • Garam
  • Perasa
  • Minyak masak

Cara-cara membuatnya

1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.

2. Seterusnya masukkan tempoyak, garam, gula dan perasa mengikut selera anda.

3. Gaul rata dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Angkat dan sambal tempoyak anda siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! – vd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *