Cerita Di Belakang Tirai ABPBH30

Anugerah Bintang Popular BH 30 sudahpun berakhir minggu lalu dan menyaksikan kemenangan Fattah Amin sebagai Bintang Paling Popular.

Turut meraih kejayaan cemerlang adalah Khai Bahar yang membolot trofi Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

Tahniah Papa ucapkan kepada mereka, malah juga pemenang lain seperti Fazura, Neelofa, Zul Ariffin dan Ifa Raziah.

Sepanjang dua hari berkampung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), Papa sempat menjeling banyak aksi belakang tabir pada malam raptai dan kemuncak.

Antaranya Papa menyelinap masuk ke bilik artis menunggu untuk memulakan acara karpet merah dan nampak pereka fesyen Didie Alias, Azhar sedang sibuk memasang lampu LED di baju futuristik pelakon itu. Papa puji kesungguhan mereka yang berani mencipta kelainan untuk memeriahkan ABPBH30.

Di bilik makan pula, Papa ternampak kemesraan hos Faizal Ismail (FBI) bersama Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Kak Ungku serta Sharifah Shahira. Maklumlah lama tak bersua.

Apabila majlis selesai, Papa terdengar pula jeritan histerikal ahli kelab peminat Khai Bahar dan Sweet Qismina di lobi PICC. Amboi, riuh rendah dan meriah sekali.

Namun Papa difahamkan Neelofa antara artis yang sampai agak lambat dan pulang awal pada malam kemuncak itu. Macam ada sesuatu yang cuba dielakkan Neelofa saja? – paparazi hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *