Chris Cornell, Vokalis Soundgarden Meninggal Dunia

Penyanyi utama kumpulan Soundgarden, Chris Cornell meninggal dunia selepas mengadakan persembahan dengan kumpulan itu di Detroit, lapor media Amerika Syarikat, hari ini.

Selain Soundgarden, Cornell, 52, terkenal sebagai penyanyi utama untuk sebuah lagi kumpulan rock popular, iaitu Audioslave dan menjadi ahli kumpulan rock Temple of the Dog.

Menurut Majalah Variety, Cornell meninggal dunia selepas melakukan persembahan di Fox Theater, Detroit, lewat semalam dalam siri jelajah baharu ke seluruh negara, Soundgarden.

Penyanyi dan penulis lirik yang pernah memenangi Anugerah Grammy itu berasal dari Seattle, Washington. Setakat ini, punca kematian Cornell masih belum diketahui. – md

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *