Ciri “Smart Reply” Akan Diperkenalkan Oleh Google Untuk Pengguna GMail Di Android Dan iOS

Google sebelum ini telah memperkenalkan ciri “Smart Reply” pada aplikasi Inbox mereka, yang mana menggunakan pembelajaran mesin dalam memudahkan anda memberikan respon ringkas untuk sesuatu emel dengan mudah.

Melaluinya, mesin akan mempelajari dan memahami kandungan pada emel, dan menyediakan sejumlah pilihan jawapan ringkas yang boleh anda pilih dan menghantarnya terus kepada penghantar emel berkenaan.

Kini, dengan fokus utama Google dalam arena kecerdasan buatan dan juga pembelajaran mesin, gergasi internet berkenaan turut telah mengumumkan pengenalan Smart Reply untuk pengguna GMail seluruh dunia.

Ciri ini akan hadir kepada pengguna iOS dan juga Android, dan ia akan menyokong bahasa Inggeris untuk masa permulaan.

Seperti biasa, ia juga akan mempelajari bentuk balasan anda, dan memaparkan balasan dalam bentuk yang selalu anda tulis dan sampaikan. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *