DAP Mahu Jadikan Malaysia Sebagai Sebuah Negara Kristian?

14/05/17 – Parti cauvinis DAP sebenarnya berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara beragama Kristian. Perkara tersebut dibuktikan melalui sebuah buku bertajuk ‘Becoming Hannah‘.

Buku yang mendedahkan bahawa DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama itu ditulis oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dari parti DAP.

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, parti cauvinis DAP sememangnya sebuah parti yang sangat hipokrit. Tidak cukup dengan itu, DAP selama ini bertindak memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian.

DAP memerintah dengan cara agama Kristian tapi bila tiba giliran UMNO dan PAS, DAP bertindak menghalang parti tersebut daripada mencampuri isu politik dengan agama Islam. Adil ke macam tu? Tak bagi mentadbir berlandaskan Islam tapi dorang memerintah guna cara Kristian.

Selama ini bukan main lagi DAP dok menyalak dan melaung-laungkan supaya tidak mencampuri urusan agama dengan urusan politik. Tapi pada masa yang sama dorang begitu ghairah dan giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama Kristian.

Menurut Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu lagi, DAP merupakan sebuah parti sekular jadi adalah lebih baik jika DAP terus kekal menjadi pentadbiran sekular.

Sementara itu, tindakan DAP dilihat sangat memalukan apabila mereka berpura-pura dan berdrama kononnya menentang pihak yang terlibat dan masuk campur dalam urusan agama dan politik.

Dalam buku terbitan Hannah Yeoh juga ada menyebut bagaimana penglibatan DAP dalam politik yang dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen. Perkara tersebut membuktikan bahawa betapa DAP selama ini menjadi penentang agama Islam.

Tindakan DAP tersebut membuktikan bahawa prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah satu hipokrasi semata-mata. DAP mahu memperluaskan agama Kristian dan menghapuskan agama Islam di negara ini. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *