DAP Sorokkan Jumlah Tanah Negeri Yang Masih Ada Di Pulau Pinang

19/05/2017 – Sejak parti rasis dan cauvinis DAP memerintah Pulau Pinang, banyak perubahan yang dilakukan hanya semata-mata untuk kepentingan sendiri sehingga memberi bebanan dan derita kepada rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Namun untuk menyedapkan telinga rakyat, kononnya tindakan mereka itu untuk bagi kesenangan rakyat juga. Itulah sikap jelik parti yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sering gula-gulakan rakyat dengan janji-janji. manis.

Bagaimanapun, rakyat bukan mudah diperbodoh-bodohkan, sebaliknya sudah muak dengan pentadbiran keji yang DAP lakukan. Kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.

Sedang Kerajaan DAP Pulau Pinang sentiasa mendabik dada kononnya mereka mengamalkan pentadbiran yang telus, bersih dan akauntabiliti, rakyat pula sebenarnya sedang gundah gulana kerana masa hadapan negeri itu kini semakin kelam dek kerana kerakusan kerajaan negeri menjual tanah.

Justeru, kerajaan negeri didesak mendedahkan berapakah jumlah tanah yang masih tinggal di negeri itu kerana ini adalah masa hadapan anak bangsa Pulau Pinang. Itulah yang didesak oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd Rahim.

Rafizal juga menggesa Ketua Menteri negeri, Lim Guan Eng perlu menjawab apa akan jadi kepada negeri ini apabila semua tanah sudah dijual dan tidak ada lagi untuk rakyat.

Dalam nada sindiran, Rafizal harap Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP itu jangan hanya tahu lari apabila disoal.

Ini kerana Guan Eng sering mengelak apabila disoalkan masalah-masalah yang mereka timbulkan. Lebih jeliknya apabila Guan Eng ingin menutup kesalahanya dengan menuding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

“Sejak DAP mengambil alih negeri ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana pesta jualan tanah berlaku di negeri ini.

“Yang lebih menghairankan, walaupun kerajaan negeri dikatakan banyak mengumpul duit tapi mengapa masih tidak mempedulikan masalah rakyat.

“..contohnya peruntukan tebatan banjir. Kenapa masih mengharapkan kepada kerajaan persekutuan sedangkan bajet kerajaan persekutuan harus dikongsi dengan banyak negeri. Jadi, ke manakah perginya duit hasil penjualan tanah ini yang dianggarkan mencecah RM12.5 bilion.

“Di mana nanti mahu di bina rumah mampu milik untuk rakyat.. untuk bina sekolah atau apa sahaja untuk rakyat. Mungkin Guan Eng cuba menyorokkan isu ini tetapi rakyat negeri ini bukan bodoh.

“Kami sebenarnya semakin bimbang tentang masa hadapan generasi akan datang. Adakah kami akan merempat di bumi sendiri.

“Guan Eng perlu menjawab ke mana wang hasil jual tanah dibelanjakan dan apakah kebaikan untuk rakyat?,” kata Rafizal.

Untuk rekod, penjualan tanah kerajaan bermula pada 2011 membabitkan sebidang tanah berkeluasan 102 ekar kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion.

Ia diikuti penjualan 110 ekar tanah kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada 2013.

Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P.E Land.

Pada 2014, rakyat Pulau Pinang menyaksikan penjualan hartanah secara besar-besaran dengan empat transaksi jual beli yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission.

Selepas itu, 30 ekar tanah lagi dijual dengan anggaran nilai RM 57 juta kepada Paramount Group.

Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan diakhiri dengan penjualan 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.09 bilion kepada Temasik Holding. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *