DAP Yeo Bee Yin Membandingkan ECRL Baru Dengan Menaik Taraf Landasan Berkembar & Berkata ECRL Terlalu Mahal

Oleh Lim Sian See

Ini merupakan satu lagi contoh mengapa saya percaya pembangkang Pakatan sudah mati otak.

ECRL bernilai RM55 bilion untuk 688km (bukannya 600km) dan bernilai RM79 juta setiap km – untuk stesen baru, laluan baru, terowong baru, jambatan baru dan lain-lain ..

Apa yang Yeo Bee Yiin lakukan? Beliau membandingkannya dengan “projek landasan berkembar” yang merupakan naik taraf landasan satu laluan yang sedia ada kepada laluan berkembar yang akan mengekalkan kebanyakan stesen, susun atur, jambatan, terowong dan lain-lain yang sedia ada yang bernilai RM46 juta setiap km.

Adakah beliau faham apa yang dimaksudkan dengan naik taraf dan baru?

Dan, ECRL adalah landasan satu laluan dengan dua formasi – bermakna bahagian-bahagian tertentu akan mempunyai laluan berkembar di mana kereta api boleh melalui dengan selamat dan ruang juga dikhaskan untuk landasa berkembar sepenuhnya apabila diperlukan.

Oleh kerana landasan yang panjang, hanya bahagian-bahagian tertentu sahaja yang perlukan landasan berkembar – terutamanya di bahagian permulaan di mana kekerapan kereta api tidak begitu lama. Kadar kelewatan adalah minimum.

Adakah Yeo Bee Yin atau pemimpin DAP tahu perkara lain selain daripada membodohkan diri mereka sendiri.

Oh .. apa-apa pun, keretapi berkelajuan tinggi dari Jakarta ke Bandung sejauh 142km dengan 4 stesen baru-baru ini telah ditandatangani pada nilai AS$5.5 bilion (RM23.7 bilion) – RM166.5 juta setiap km.

Mungkin kita perlu menghantar Yeo Bee Yin ke Jakarta untuk membiarkan beliau membandingkan itu kepada projek naik taraf landasan berkembar di sini supaya orang Indonesia boleh ketawakannya juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *