Diet Ekstrim Cara Kang Seulgi (RED VELVET) Tahan Lapar, Hanya Minum Air Soya Sahaja

Tidak hanya memiliki pakej boleh menari, menyanyi bahkan untuk bergelar sebagai seorang artis KPop atau juga digelar ‘idol’ harus menjalani diet yang ketat bagi mengekalkan bentuk tubuh yang ideal, menarik dan menawan.

Baru-baru ini, anggota kumpulan Red Velvet, Seulgi, mengakui dia terpaksa menjalani diet yang ketat selama menjadi ‘trainee’ sebelum layak membuat kemunculan debut dan seterusnya bergelar artis.

Selain bertubuh langsing, penyanyi kelahiran 1994 tersebut juga memiliki bentuk tubuh yang sangat bagus dan membuatnya terlihat berkaki panjang meskipu tingginya hanya 163 sentimeter.

Ketika muncul dalam program “Style Follow” yang yang dihoskan oleh Sooyoung Girls Generation, pelantun lagu Rookie itu mendedahkan dia harus menurunkan berat badannya lebih banyak jika dirinya ingin debut.

Pemilik nama lengkap Kang Seulgi ini mengakui rela mejalani diet ketat demi memiliki tubuh kurus malah sehingga terpaksa menahan lapar.

“Saya hampir langsung tidak makan,” kata Seulgi.

“Saya hanya minum satu bungkus susu soya dan saya tidak boleh makan”

Diet ekstrem yang dilakukan Seulgi ini akhirnya memberi hasil berat badannya turun sebanyak 2 kilogram. – kg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *