Donald Trump mahu gereja dan kumpulan agama ceburi politik

WASHINGTON: Presiden Donald Trump dijangka mengeluarkan satu perintah eksekutif hari ini, bagi membolehkan gereja dan kumpulan agama mengambil bahagian dalam politik tanpa menjejaskan status pengecualian cukai yang dimiliki.

Menurut pegawai kanan Rumah Putih, perintah itu secara jelas akan mengisytiharkan dasar pentadbiran Trump untuk ‘melindungi dan menggalakkan kebebasan beragama’.

Ia antara usaha mengenepikan peruntukan dalam undang-undang percukaian kebangsaan atau Pindaan Johnson yang melarang pertubuhan agama menyokong atau menentang calon politik secara langsung.

“Perintah ini bermakna Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) perlu menggunakan budi bicara mereka ketika menguat kuasa Pindaan Johnson, yang melarang pemimpin agama daripada bercakap mengenai politik dan calon politik dalam majlis keagamaan.

“Bagaimanapun, perintah eksekutif itu tidak mengandungi butiran lengkap pelepasan yang bakal diberikan,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *