Dua Maut kes bunuh pelajar di kampus

IRVING: Dua maut dalam kejadian bunuh dan bunuh diri di kolej komuniti Texas, sekali gus mendorong amaran mengenai penembak aktif dikeluarkan yang mengarahkan pelajar dan pekerja berkurung dalam bilik.

Ia adalah kejadian kedua membabitkan kematian di kampus Texas minggu ini.

Jurucakap polis Irving, James McLellan, berkata tiada yang cedera dalam kejadian di Kolej North Lake itu.

Semua kelas dibatalkan sepanjang hari berkenaan.

Polis Irving berkata: “Tiada lagi ancaman tetapi polis akan terus menggeledah untuk memastikan kampus itu selamat.”

Pensyarah matematik di kolej itu, Nasrin Nanbakhsh, melihat seorang lelaki menembak seorang wanita sebanyak tiga kali, mendorong beliau berlari ke bilik, mengunci pintu, menutup lampu dan menunggu bantuan.

Beliau turut menghantar emel kepada penyelia untuk memberitahu apa yang berlaku.

“Saya melihat seorang lelaki berdiri dan seorang wanita duduk di atas kerusi. Saya nampak lelaki itu menembak wanita berkenaan tiga kali,” katanya. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *