Elisya Sandha Bermesra Dengan Anak Lelaki Sheila Rusly?

Pelakon yang semakin meningkat naik dalam dunia hiburan, Elisya Sandha kini rapat dengan anak kepada pelakon, pengacara dan penerbit popular, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimi, 21.

Pada yang siapa masih belum mengenali Elisya, dia merupakan adik kepada pelakon sensasi Fasha Sandha. Elisya setakat ini akui mereka hanya berkawan rapat dan belum tiba waktunya untuk membicarakan soal cinta.

“Kami masih muda lagi. Saya mengenalinya kira-kira dua tahun lalu dan selepas itu lama tidak bertemu.

“Baru-baru ini kami terserempak di restoran dan saling bertegur sapa. Sejak itu kami rapat balik,” katanya .

Elisya sebelum ini pernah menafikan bahawa dakwaan menggunakan nama kakaknya sebagai batu loncatan untuk popular dalam dunia hiburan. Elisya berdiri pada bakatnya sendiri sehingga kini dia telah menjayakan beberapa drama seperti “Bila Chacha Masuk Asrama,” “Destinasi G4,” “Aku Mahu ke New York,” “Anak Mami Nasi Kandaq,” selain mengacarakan program remaja “Misi Kita” di saluran RTM. – hc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *