Gangguan aplikasi laman sosial Whatsapp kembali pulih

SAN FRANCISCO: Gangguan aplikasi WhatsApp, perkhidmatan pesanan yang dimiliki oleh Facebook Inc selama beberapa jam di seluruh dunia awal pagi Khamis, berjaya dipulihkan.

“Awal hari ini, pengguna WhatsApp di beberapa bahagian di seluruh dunia, gagal menggunakan perkhidmatan itu selepas beberapa jam.

“Kami berjaya mengatasi gangguan itu dan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” demikian menurut aplikasi tersebut.

Sebelum ini, Facebook Inc mengesahkan perkhidmatan WhatsApp mengalami gangguan perkhidmatan awal pagi Khamis dan usaha untuk memulihkan masalah itu terus dipergiat.

Jurucakap WhatsApp mengesahkan perkara itu dalam satu pesanan emel tetapi tidak mendedahkan kawasan yang terjejas.

Menurut Reuters, perkhidmatan WhatsApp dilaporkan mengalami gangguan di sebahagian kawasan di India, Kanada, Amerika Syarikat dan Brazil, membabitkan pengguna sistem iOS, Android dan OS.

Bagaimanapun, laman web WhatsApp dilaporkan berfungsi seperti biasa.

Dalam satu kenyataan di Facebook, lebih 175 juta menggunakan aplikasi WhatsApp secara aktif setiap hari bagi memuat naik status dan berkongsi gambar menerusi Snapchat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *