Gelabah Punya Pasal, Pemandu Van Rempuh Tapak Penjaja

Kecoh jadinya apabila seorang pemandu yang dikatakan mahu mengundurkan kereta namun berakhirnya dengan merempuh tapak penjaja sementara di Lorong Batu, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku pada 6.30 petang semalam itu dilaporkan telah menyebabkan seramai enam orang awam cedera yang diri daripada peniaga dan juga pelanggan di tapak penjaja berkenaan.

Bukan itu sahaja, memetik laporan The Star, pemandu kereta itu juga terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah van sebelum insiden rempuhan itu berlaku.

Dalam pada itu, memetik laporan Utusan Malaysia, pemandu kereta berkenaan dipercayai meninggalkan kenderaannya selepas kejadian dan kini polis sedang mengesannya.

Video kejadian turut menjadi tular di laman sosial selepas netizen menunjukkan mangsa terbaring di tengah jalan manakala keadaan berselarak di lokasi kejadian.

Mangsa kini dilaporkan sedang di rawat di Hospital Pulau Pinang. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *