Gerakan Tidak Mempunyai Sebarang Kaitan Dengan JJPTR

Oleh Lim Sian See

Gerakan Andy Yong telah didatangi oleh kira-kira 100 OKU untuk membantu mendapatkan kembali wang mereka dari permainan wang bermasalah JJPTR itu.

Mereka berjaya dan kesemua 100 mereka menerima wang mereka kembali semalam dalam satu majlis yang dihadiri oleh pengasas JJPTR dan Andy.

Walau bagaimanapun, pemimpin RBA dan DAP termasuk Upin Lim Lip Eng telah cuba mengaitkan Gerakan dengan permainan wang itu dan membayangkan bahawa Gerakan adalah sebahagian daripadanya atau yang mempromosikan permainan wang itu.

Ini adalah bantahan Andy Yong:

Kenyataan akhbar oleh Timbalan Ketua Pemuda Gerakan
11 Mei 2017

Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong menyangkal Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng yanng mendakwa Gerakan membiarkan dan berpakat dengan skim pelaburan JJ Poor to Rich (JJPTR) dalam menipu rakyat. Beliau memberikan beberapa sebab berikut dalam menyangkal tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab Lim:

1. Saya ingin menegaskan bahawa Gerakan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan JJPTR dan peguam yang mewakili syarikat pelaburan itu bukanlah saya. Kami tidak membiarkan dan tidak menyokong permainan wang haram.

2. Dakwaan Lim Lip Eng tidak berasas dan bertujuan untuk menjejaskan reputasi peribadi saya, saya berhak untuk menyaman beliau kerana kata-kata itu boleh menimbulkan salah faham di kalangan rakyat Malaysia ke atas bukan sahaja diri saya tetapi ke atas Gerakan juga.

3. Saya ingin menjelaskan bahawa penerima itu adalah sekitar 100 orang dan bukannya 10 seperti yang didakwa oleh Lim Lip Eng.

4. Polis tidak dihubungi oleh saya, sebaliknya Cawangan Khas yang memutuskan bahawa anggota keselamatan diperlukan di tempat itu.

5. Alasan yang diberikan ialah:
i. Pengagihan wang adalah antara JJPTR dan pelanggan kurang upaya, kita memerlukan keselamatan tambahan untuk menenangkan keadaan yang tidak diduga jika pertikaian berlaku

ii. Jika kita menganggap bahawa RM5,000 telah diperuntukkan bagi setiap penerima, itu akan bermakna sejumlah 500k tunai telah disampaikan pada masa itu. Oleh itu keperluan untuk keselamatan tambahan untuk mengawal keadaan adalah diperlukan.

iii. Keselamatan peribadi juga merupakan salah satu sebab yang telah dipertimbangkan polis.

6. Saya ingin menegaskan bahawa Gerakan sedang berjuang untuk kepentingan orang yang miskin dan kurang upaya yang ingin mendapatkan bayaran balik dari JJPTR dan parti itu tidak bersekongkol dengan JJPTR.

7. Lim Lip Eng juga perlu menjelaskan mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah dilihat bersama-sama dengan Johnson Lee dalam satu majlis pada 10 September 2016. Berdasarkan logik Lim Lip Eng, adalah Lim Guan Eng bekerjasama dengan JJPTR?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *