Guru Kungfu Wu Dang kalah teruk pada Jaguh MMA dalam masa 10 saat

Beijing: Selepas seorang ‘guru’ Taichi kalah teruk dalam tempoh hanya 10 saat oleh ahli sukan seni pertahanan diri campuran (MMA) bulan lalu, seorang lagi ‘pakar’ tampil dengan harapan membaiki rekod memalukan berkenaan.

Dalam video dirakam awal bulan ini yang tular di laman perkongsian video China, seorang lelaki mendakwa dirinya guru kung fu Wudang dilihat berlawan dengan peninju tidak berbaju.

‘Guru’ berkenaan memulakan perlawanan dengan menumbuk dua kali sebelum dibelasah peninju berkenaan sehingga rebah tujuh saat selepas pertarungan dimulakan.

Butiran video itu tidak diketahui malah tidak jelas sama ada lelaki terbabit memang sebahagian daripada kumpulan pakar Wudang.

Bagaimanapun, ia pasti menggembirakan mereka yang menolak seni pertahanan diri tradisional China selepas kekalahan memalukan seorang guru Taichi ditumpaskan dalam masa 10 saat bulan lalu oleh seorang peninju MMA lain.

Peninju MMA itu, Xu Xiaodong kemudian mencabar guru seni pertahanan diri tradisional Cina mengalahkannya dalam pertempuran yang tidak diletakkan sebarang sempadan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *