Harry Styles Belanja Peminat Pizza

Penyanyi Harry Styles dilaporkan membelikan piza untuk peminatnya yang sanggup bermalam untuk menonton persembahannya dalam program Today baru-baru ini.

Perkara itu turut mendapat perhatian pihak program tersebut yang sempat merakam video seorang penghantar piza mengagih-agihkan makanan segera itu kepada peminat yang beratur di luar studio.

“@Harry_styles membuat pesanan piza kepada peminatnya yang tidur di luar untuk menonton persembahannya,” kongsi akaun Twitter rasmi program Today tersebut seperti yang dilapor portal Femalefirst.com.

Video tersebut memaparkan peminatnya yang sanggup berselimut di luar studio untuk mendapatkan tempat duduk terbaik bagi menonton persembahannya itu.

Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun itu juga pernah membuat pesanan makanan segera dan buah kiwi kepada peminatnya yang beratur untuk menonton program Saturday Night Live. – ko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *