Hebat, Baju Cinderella Moden Fazura Jadi Bualan Seluruh Dunia

Tidak dinafikan gaun yang dipakai oleh pelakon jelita Nur Fazura sewaktu malam Anugerah Bintang Popular Berita Barian ABPBH memang memukau mata yang memandang.

Gaun biru langit yang disulami batu permata itu kelihatan begitu sempurna tatkala Fazura melangkah ke atas pentas untuk menerima anugerah Pelakon Filem Wanita Popular.

Pujian demi pujian terus diterima oleh pereka yang mereka busana indah itu siapa lagi kalau bukan pereka duo terkenal tanah air Rizman Ruzaini.

Menurut pereka kegemaran Nur Fazura ini, mereka tidak menyangka gaun itu akan menjadi tular di media sosial sehinggakan gambar Fazura memakai gaun itu telah dimuat naik oleh pencinta fesyen serta blogger-blogger di seluruh dunia.

“Rizman Ruzaini juga telah mencipta rekod peribadi apabila mendapat komen paling banyak di Instagram lebih dari 500 komen dan semuanya memuji gaun itu.”

Inspirasi untuk gaun pada malam itu diilhamkan menerusi karektor Cinderella yang sedang dilakonkan oleh Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella.

“Fazura mahukan sesuatu yang ‘simple’ untuk dipakainya kerana pada mulanya beliau tidak merancang untuk menghadiri majlis tersebut, jadi kami mencadangkan supaya beliau mengambil inspirasi Cinderella versi moden”.

Rizman dan Ruzaini ditemui sewaktu makan malam serta pertunjukan istimewa yang dianjurkan demi menghargai pelanggan yang setia bersama mereka selama 12 tahun berkhidmat dalam industri fesyen negara. – sfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *