Jadikan Mango Shake Sebagai Pembuka Selera Di Puasa Pertama!

Ramadan sudah tiba! Pasti anda yang suka menyediakan juadah berbuka sendiri sudah merangka-rangka resipi sebagai persiapan. Mungkin juga ada yang sudah siap menu sebuku, hari ini masak apa, esok lusa dan seterusnya. Tak mustahil, bukan?

Biasanya hari pertama berpuasa agak menduga sedikit kerana sedang membiasakan diri terutama jika cuaca agak menguji keimanan. Haus sahaja tekak ni minta dibasahkan.

Jadi apa kata mulakan hari pertama anda berbuka dengan Mango Shake! Resipi ini dikongsikan menerusi Facebook UTHM LIFE dan sensasi mango shake ini sedang popular di kalangan penuntutnya.

Bahan:

2 biji mangga (kuning) masak
4 cawan susu segar
135 gram yogurt perisa mangga (ganti soda)
3-4 sudu besar gula (ikut cita rasa)
Ais kiub secukupnya

Cara menyediakannya:

1. Kupas dan potong kecil buah mangga dan masukkan ke dalam pengisar.
2. Masukkan kesemua bahan lain dan kisar sehingga sebati dan menjadi pekat.
3. Tuangkan ke dalam gelas bersesuaian dan tabur hirisan mangga serta letak satu atau dua sudu aiskrim vanila (opsyenal)

Sedia untuk dinikmati! Serius memang best! Tak puas hirup. Selamat mencuba! – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *