Kadar Zakat Fitrah Untuk Negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Kelantan, Sabah, Kedah & Pahang Kekal RM 7

Kuala Lumpur – Kadar zakat fitrah bagi beberapa negeri di negara ini kekal sebanyak RM 7.

Negeri-negeri yang sudah dipastikan kadar zakat fitrah adalah Wilayah Persekutuan, Selangor, Kelantan, Sabah, Kedah dan Pahang.

Bagi Wilayah Persekutuan, PPZ mengumumkan kadar RM 7 itu semalam menerusi laman Facebook rasminya.

Bagi Selangor, portal TV Selangor (TVS) melaporkan kadar yang sama semalam.

Bagi Kelantan, laman utama e-Maik juga memaparkan kadar zakat fitrah dikekalkan kepada RM 7.

Pahang, Kedah, dan Sabah masing-masing mengumumkan kadar zakat dikekalkan sebanyak RM 7 sebelum ini. – sk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *