‘Keluarga Mertua Layan Saya Baik, Tapi Keluarga Sendiri Buang Saya’

18/05/2017 – Jika sebelum ini apabila mendengar tentang masalah rumahtangga sahaja pasti para isteri mengadu mempunyai masalah dengan keluarga mertua atau ipar duai. Ramai para isteri dilihat tidak mudah untuk serasi dengan keluarga mertua. Layanan keluarga mertua dengan keluarga memang tidak akan sama.

Tetapi, lain pula yang dialami oleh wanita ini apabila keluarga mertua melayan beliau dengan baik seperti keluarga sendiri. Tetapi, keluarga sendiri pula membuangnya apabila dia sudah berkahwin.

“Saya baru berkahwin tahun lepas dalam bulan 9. Sekarang tengah mengandung 7 bulan. Masalah saya ialah keluarga belah saya yang macam dah buang saya lepas kahwin. Sebelum ini semuanya okay dari segi persiapan kahwin sampai selesai. Baru-baru ini saya macam terasa hati bila keluarga saya keluar kemana-mana tanpa ajak saya dan suami.”

“Saya mengadu pada suami, dia kata dah lama dia perasan keluarga saya layan saya macam ini. Cuma dia nak saya sedar sendiri saja. Saya sekarang duduk dengan mertua. Ya Allah, layanan mertua lebih baik dari keluarga saya sendiri.”

“Adik beradik suami dan mertua selalu tanya keadaan saya. Balik klinik saja suruh bagitahu mereka apa-apa. Tapi, keluarga saya sendiri buat tak layan saja. Tak tanya langsung pasal saya, padahal saya ada risiko ketika mengandung. Hampir dipaksa gugur oleh doktor atas sebab kesihatan saya.”

“Sekarang saya rasa keluarga mertua dan suami lah keluarga saya. Saya dan suami PJJ, suami di selatan dan saya di utara. Tapi, layanan keluarga dia tetap sama walaupun suami tak ada depan Mata. Saya pergi checkup pun mertua temankan.”

“Memang sedih dan malu dengan suami keluarga saya macam ini. Keluarga saya berada dan keluarga suami sederhana. Tapi saya sangat bahagia walaupun bosan di sini. Sebenarnya kakak sulung saya cemburu saya sudah berkahwin. Dia selalu balik rumah mak ayah saya dan cucuk-cucuk keluarga saya.”

“Saya tahu dia mengata saya macam-macam. Kakak saya ada masalah dengan suami dan dalam proses mahkamah. Sebelum kahwin saya yang jagakan anak dia. Sebab saya kesian pada dia seorang tak ada suami. Sekarang dah tak perlukan saya mengata saya macam-macam.”

“Kakak saya kerja hebat juga, jadi dia selalu belanja adik-beradik mungkin sebab itu adik-beradik saya ikut cakap dia. Macam mana saya nak teruskan hidup dalam keadaan macam ini. Sekarang rasa nak balik rumah mak ayah sendiri pun tak ada hati. Suami tak habis kata kesiankan saya. Tak lama lagi puasa dan lepas itu raya, saya tak tahu macam mana sekarang ini,” ujarnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *