Korea Utara beri amaran tentang ujian Nuklear

SEOUL: Korea Utara pada Isnin memberi amaran ia akan menjalankan ujian nuklear “pada bila-bila masa di mana-mana lokasi” yang ditetapkan kepimpinannya.

Ketegangan sedang memuncak di semenanjung Korea berlarutan selama berminggu-minggu, dengan tanda-tanda Korea Utara mungkin bersiap sedia untuk melancarkan peluru berpandu jarak jauh atau ujian nuklearnya keenam, dengan Washington enggan untuk menolak serangan tentera sebagai tindak balas.

Seorang jurucakap kementerian luar Korea Utara berkata, Pyongyang bersiap sedia sepenuhnya terhadap sebarang pilihan yang diambil Amerika Syarikat (AS).

Rejim itu akan terus mengukuhkan keupayaan serangan nuklear bersifat pencegahan melainkan Washington memansuhkan dasar permusuhan, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan agensi berita KCNA.

“Langkah-langkah Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) untuk mengukuhkan kuasa nuklear sehingga maksimum dan akan dilakukan dengan cara yang berturut-turut pada bila-bila masa dan mana-mana lokasi yang diputuskan kepimpinan tertinggi,” tambah jurucakap itu.

Korea Utara telah menjalankan lima ujian nuklear dalam tempoh 11 tahun dan ia dipercayai berusaha mencapai hasratnya membangunkan peluru berpandu yang berupaya membawa kepala peledak ke benua AS. – AFP

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/05/01/korea-utara-uji-nuklear/#0eYqGUYo25FBBhjs.99

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *