Lapangan Terbang Changi Baru Sahaja Menyiarkan Statistik Operasi Mereka Untuk Bulan April

Oleh Lim Sian See

Changi berkata trafik penumpang mereka meningkat 7.8% kepada 5.17 juta penumpang untuk bulan April berbanding tahun lepas.

Ini jauh lebih rendah berbanding peningkatan tahun ke tahun KLIA sebanyak 20.5% untuk bulan April 2017 – menjadikan KLIA hanya 3.7% kurang daripada Changi.

Seperti yang boleh anda lihat dari jadual di bawah, KLIA semakin hampir untuk mengatasi Lapangan Terbang Changi.

Sebelum ini, saya telah menulis tentang ini dan MAHB sendiri telah mengesahkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa KLIA kita akan mengatasi Lapangan Terbang Changi menjelang tahun depan.

Data ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami ledakan pelancongan yang menyaksikan Malaysia mencapai bilangan pelancong tertinggi – selaras dengan rancangan Kerajaan dalam pertumbuhan sumbangan pelancongan kepada ekonomi kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *