Lelaki paksa teman wanita bayar balik harga tiket wayang selepas gaduh.

TIDAK puas hati kerana teman wanita menggunakan telefon ketika menonton wayang, seorang lelaki memfailkan saman menuntut ganti rugi harga tiket wayang dan makanan berjumlah AS$17 (RM73) ketika mereka keluar bersama menonton Guardians of the Galaxy Vol 2 di Austin, Texas, minggu lalu.

Brandon Vezmar, 37, dari Austin, Texas, berkata dia bertindak demikian kerana temu janji itu amat membosankan.

“Tidak sampai 15 minit tayangan bermula, dia menghidupkan telefon dan mula menghantar pesanan teks,” katanya.

Menurut Dalily Mail, dalam petisyen tuntutannya, Vezmar menyatakan wanita itu mengaktifkan telefonnya antara 10 hingga 20 kali dalam masa 15 minit untuk membaca dan menghantar pesanan dan tidak mengendahkan permintaannya supaya berhenti.

“Perbuatan itu melanggar polisi panggung wayang dan merosakkan keseronokan menonton.”

Dia kemudian menyuruh wanita itu menggunakan telefonnya di luar jika mahu terus menghantar pesanan.

Wanita itu yang keluar, terus meninggalkan pawagam, menyebabkan Vezmar tiada kenderaan untuk pulang.

Sementara itu, wanita berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia hanya tahu mengenai saman itu apabila dihubungi media dan menganggap ia tidak masuk akal.

“Saya berbual dengan rakan yang bergaduh dengan teman lelakinya. Saya pegang telefon di bawah dan tidak berbunyi, saya tidak mengganggu sesiapa.

“Selepas itu dia meminta saya membayar kembali harga tiket dan piza. Saya enggan, dia yang gajak saya keluar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *