Letupan di Manila korbankan 2 nyawa

MANILA: Sekurang-kurangnya dua maut dan empat lagi cedera dalam dua letupan di ibu kota Filipina hari ini, kata polis dan saksi.

Letupan pertama pada jam 6 petang waktu tempatan hari ini berhampiran masjid di Quiapo, antara wilayah paling tua di Manila yang ada banyak kawasan setinggan, kata polis.

Letupan itu mengorbankan dua orang dan mencederakan empat lagi.

Letupan kedua berlaku di kawasan sama sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan, menurut jurugambar AFP yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Bagaimanapun, letupan kedua tidak menyebabkan kerosakan besar kepada kedai atau bangunan lain di kawasan itu.

Ia bagaimanapun mencederakan seorang anggota polis yang memeriksa mayat salah seorang mangsa letupan pertama, menurut saksi.

Satu lagi letupan di Quaipo pada 29 April lalu, yang berlaku ketika pemimpin Asia Tenggara menghadiri sidang kemuncak, mencederakan 14 orang. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *