Letupan terowong keretapi korbankan 12 nyawa

BEIJING: Seramai 12 pekerja maut dalam kejadian letupan di terowong kereta api berkelajuan tinggi di barat daya China pada Rabu.

Mangsa yang terbunuh ditemui pasukan penyelamat yang menghabiskan masa selama 14 jam dalam operasi mencari dan menyelamat.

Menurut agensi berita tempatan, Xinhua, letupan itu berlaku selepas gas mula memenuhi terowong yang sedang dikorek di wilayah Guizhou.

Insiden tersebut mengakibatkan seramai 12 orang cedera dan 12 lagi terperangkap.

Lebih 2,000 anggota penyelamat berusaha mencari mangsa di dalam terowong berkenaan dan menghentikan operasi tersebut pada pukul 4.45 pagi Rabu.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *