Luahan Kartunis Ujang Selepas Di Sailang Majikan Sendiri

Enam tahun yang lalu, sebuah syarikat yang tidak dikenali di dalam dunia pernerbitan dan baru ditubuhkan serta tiada pengalaman untuk menerbitkan komik telah menghantar wakil mereka ke rumah aku dan meminta tolong untuk menerbitkan komik untuk mereka.

Aku sebenarnya sudah bosan dengan dunia pernerbitan yang penuh dengan penipuan pada golongan artis. Tetapi wakil dari syarikat itu tidak pernah berhenti datang ke rumah dan merayu aku agar membantu agar sudi untuk membantu.

Aku minta gaji RM15,000 sebulan untuk buat kerja-kerja menyediakan konsep, buat pagination, ajar cara mahu memohon permit KDN, ‘rekemen’kan pengedar, ajar mengawal pencetakan dan menyusun sidang redaksi serta memantau perjalanan majalah.

Tetapi, disebabkan mereka ini syarikat baru, jadi mereka ini tidak mampu mahu membayar gaji yang aku minta itu. Sebaliknya, mereka menawarkan aku gaji sebanyak RM2,000 sebulan dengan jawatan sebagai penasihat komik.

Selepas enam tahun berjalan dengan baik dan mereka pun sudah pandai, ‘ngam-ngam’ pada minggu lepas, aku telah diberhentikan dalam tempoh masa 24 jam melalui panggilan telefon semasa aku dalam perjalanan ke Tasik Kenyir.

Kali ini, tiba pula giliran aku merayu supaya keputusan mereka ini dipertimbangkan kembali. Malangnya, rayuan aku ini tidak dilayan sebab mereka sudah tahu cara-cara mahu buat semua benda tanpa bantuan aku lagi. Tidak mengapalah, aku ucapakan selamat maju jaya dan kenangkan aku dalam doamu. Amin.

-omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *