Macai DAP Hanya Tahu Hina PAS, Tapi Lupa Pasal Isu Rasuah Guan Eng

07/05/2017 – Ada la beberapa kerat macai DAP ni yang dok berlagak seperti pakar-pakar serta jurucakap mengenai cerita politik kemudian sibuk dok menghentam PAS. Padahal pada hakikatnya mereka buta dan tak nampak kesalahan pemimpin utama DAP, Lim Guan Eng.

Portal-portal serta penulis pro pembangkang sibuk dok menghina dan mengkritik kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tapi dorang lupa nak kritik pasal isu rasuah rumah banglo dan penyalahgunaan kuasa Guan Eng.

Buktinya, Peguam kebebasan sivil, Syahredzan Johan tanpa rasa bersalah telah menjadi pak sanggup bagi mempertahankan Guan Eng. Kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang tu ada hak untuk “menjelaskan” kepada orang ramai mengenai kes rasuahnya.

Padahal Peguam Negara dengan secara jelasnya telah memberi amaran kepada Lim Guan Eng agar tidak melakukan tindakan yang mendorong kepada menghina mahkamah dan membuat sumpah palsu.

Bukti kedua, Peguam kebebasan sivil yang berpangkalan di Sabah, Tengku Fuad Ahmad, adalah salah seorang peguam yang bertindak mempertahankan Guan Eng dari pertuduhan rasuahnya kerana dia merupakan peguam untuk semua orang-orang yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Itu semasa Tengku Fuad menjadi seorang pemimpin yang secara rasminya penggerak kepada gerakan yang bersifat menghasut, iaitu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Itu juga merupakan salah satu agenda geng pakatan pembangkang.

Kemudiannya Profesor undang-undang perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini bertanding pada PRU13 bagi kerusi Sabak Bernam di bawah PKR. Individu ini merupakan macai pembangkang yang kemudiannya menyertai DAP pada bulan Julai 2015.

Bukan itu sahaja, dengar-dengan khabar angin mengatakan bahawa Aziz Bari ini berkemungkinan besar akan menjadi calon di Selangor. Kononnya Azizi Bari ni la yang dok jadi “pakar undang-undang perlembagaan” dan keluarkan segala ‘fakta’ menghina PAS.

Dorang-dorang ini semua antara macai DAP yang sibuk dok menghina dan mengkritik kepimpinan PAS. Tapi tak pernah pulak nak kritik aktiviti rasuah dan salahguna kuasa Guan Eng. – TiraGomez/Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *