Mahathir Dan SIC Rugikan RM4.5 Billion Duit Rakyat Sejak 1999

16/05/17 – Puak-puak pembangkang sebelum ini begitu asyik menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa bahawa pemimpin nombor satu negara itu kononnya sangat boros dan telah menghabiskan berjuta-juta wang rakyat.

Akan tetapi sedarkah korang bahawa hakikat sebenarnya adalah Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya menjadi perdana menteri yang paling boros sekali dalam sejarah Malaysia ketika 22 tahun memegang jawatan tersebut.

Ramai yang tak tahu cerita sebenar bahawa Mahathir telah berbelanja sebanyak RM4.5 billion duit rakyat sejak 1999 melalui Petronas kepada Sepang International Circuit (SIC) hanya kerana mahu mendapatkan kepuasan mendengar deruman enjin F1 GP.

Korang tahu tak yang Petronas terpaksa membayar sebanyak RM250 juta setahun kepada SIC yang semua orang tahu bahawa anak Mahathir adalah pemiliknya. Perhhhhh! Korang bayangkan lah betapa banyak duit rakyat yang Mahathir habiskan untuk SIC dan anaknya.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir turut berbelanja sebanyak RM50 juta untuk penganjuran majlis-majlis makan malam untuk Team F1 tu, tapi hakikatnya majlis makan malam Team tu sangat jarang dihadiri oleh pelumba atau orang kanan Team.

Mengikut pengiraan Gomez, sejak dari tahun 1999 dan SIC ditubuhkan, menunjukkan bahawa Mahathir telah belanjakan RM4.5bilion untuk majlis makan-makan itu dan sebagainya. Korang boleh bayang tak dorang makan apa ehhh, sampai RM50 juta setahun??

Dengan jumlah sebanyak tu Gomez rasa lebih baik Mahathir habiskan duit rakyat untuk membantu golongan miskin dan memerlukan. Bayangkan duit berbillion-billion tu korang rasa berapa banyak bantuan untuk rakyat yang boleh diberikan? Berapa banyak kemudahan sukan lain, pendidikan, kesihatan dan keselamatan yang mampu ditambah baik?

Daripada nak bazir untuk untuk perkara tak berfaedah tu jadi lebih baik Mahathir beri bantuan pada rakyat je. Jadi kesimpulannya tak salah lagi la keputusan untuk menamatkan kontrak perlumbaan GP. Bukannya ada faedah untuk rakyat dan negara pun.

Hanya orang tertentu seperti Mahathir dan anaknya sahaja yang dapat untung setiap tahun, rakyat hanya mampu melopong dan habiskan duit dorang demi kepuasan Mahathir. Akhir sekali, rakyat pun kena bayar tiket masuk untuk tengok F1. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *