Mahathir Tak Umumkan Calon Perdana Menteri PH Kerana Elak Perebutan

16/05/17 – Rupa-rupanya inilah punca kenapa sehingga sekarang Pakatan Harapan masih belum mengumumkan calon pembangkang bagi jawatan Perdana Menteri sekiranya pakatan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Pakatan Harapan takut untuk umum siapa calon Perdana Menteri kerana khuatir bakal timbul rasa ketidakpuasan hati dan bagi mengelakkan perebutan dikalangan ahli pembangkang yang lain.

Bukan itu saja, Mahathir turut mendakwa sekiranya pakatan pembangkang mengumumkan calon Perdana Menteri lebih awal, beliau yakin bahawa tindakan tersebut akan menyebabkan perpecahan dikalangan pembangkang sebelum PRU14.

Jadi bagi mengelakkan daripada memecah-belahkan pembangkang, adalah lebih baik jika mereka mengambil sikap berdiam diri dan mengumumkan calon Perdana Menteri sejurus selepas menang PRU14. Maknanya disini, Mahathir takut kalau dorang umum awal pakatan akan berpecah-belah dan dorang juga malu kalau umum, tapi pada akhirnya dorang kalah dalam PRU14.

Tambah Mahathir, beliau juga takut ada pihak yang akan sabotaj dan ramai yang tidak berpuas hati. Namun begitu, timbul persoalan adakah sekiranya Pakatan Pembangkang umum calon Perdana Menteri selepas dorang menang pilihan raya, apakah pihak-pihak yang dengki ni tidak akal timbul?

Gomez rasa macam sama je! Kalau lepas menang pilihan raya pun pastinya akan ada juga yang tak puas hati dengan pemilihan calon Perdana Menteri pembangkang ni. Cuma ceritanya disini, Mahathir takut pakatan pembangkang berpecah-belah sebelum PRU14.

Jika perkara itu berlaku maka malu besar la Mahathir. Atau mungkin sebenarnya Mahathir hanya mahu pembangkang menang pilihan raya dan kemudian calonkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Masa tu Mahathir tak kisah dah kalau pembangkang nak berpecah sekali pun asalkan dorang dah menang dan anaknya bakal jadi Perdana Menteri, tak gitu?? Pernah ke Mahathir peduli tentang pembangkang?? Dia cuma pentingkan agendanya sahaja. Kalau kerajaan pembangkang nak hancur sekali pun dia tak kisah! – TiraGomez/UtaraNews.com